Harian Teknologi

Extreme Broadband buka JBIX, ibu sawat Internet kedua Malaysia selepas MyIX

Extreme Broadband Sdn Bhd baru-baru ini telah mengumumkan pembukaan ibu sawat internet kedua Malaysia, Johor Bahru Internet Exchange, atau JBIX. Sebagaimana namanya, ibu sawat ini ditempatkan di Johor Bahru dan merupakan ibu sawat terbuka pertama di Malaysia.

Apa yang membezakan ibu sawat terbaru ini dengan ibu sawat pertama Malaysia, MyIXadalah ianya membenarkan mana-mana organisasi, baik tempatan mahupun atau antarabangsa menggunakan laluannya. Berbeza dengan MyIX yang hanya membenarkan ISP dan perniagaan yang diberikan lesen olehnya melaluinya.

Menurut Extreme Broadband, JBIX merupakan pelengkap kepada MyIX dan keutamaannya adalah menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana pihak yang tidak dapat menggunakan MyIX.

Oleh kerana lokasinya yang ditempatkan di Johor Bahru, JBIX dapat memanfaatkan perniagaan-perniagaan dan ISP dari Singapura. Selain itu, JBIX juga berhasrat menarik minat mana-mana perniagaan serantau yang ingin menjadi hab utama di Asia Tenggara. Buat masa ini, terdapat 12 syarikat dari empat negara yang menjalinkan usaha sama dengan JBIX dan menurut pihak Extreme Broadband, ibu sawat terbaru ini mampu menampung sehingga 200 syarikat.

Bagi mana-mana perniagaan yang berminat untuk menjalinkan usaha sama dengan JBIX, pihak Extreme Broadband menyediakan pengecualian bayaran penggunaan port bagi tempoh 12 bulan pertama. Selebihnya, bayaran sebanyak US$1000 (lebih kurang RM4130) sebulan akan dikenakan sebagai kos penyelenggaraan bagi setiap port berkelajuan 10Gbps.

Sumber berita dan imej diperoleh dari Digital News Asia

[ultimate_spacer height=”50″ height_on_tabs=”50″ height_on_tabs_portrait=”50″ height_on_mob_landscape=”50″ height_on_mob=”50″][ult_createlink title=”Utama – Harian Teknologi” btn_link=”url:http%3A%2F%2Fhteknologi.com%2Fblog%2F2018%2F09%2Fextreme-broadband-buka-jbix-ibu-sawat-internet-kedua-malaysia-selepas-myix%2F||target:%20_blank|” link_hover_style=”Style_6″ text_color=”#00438a” text_hovercolor=”#00438a” dot_color=”#00438a” text_style=”left”]

Similar Posts